Monday, December 27, 2010

AVON MEMBERSHIP

Hi.. GOOD NEWS...


Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli AVON, anda hanya perlu membuat pembelian RM20 sahaja untuk mengaktifkan keahlian anda.. Apa tunggu lagi daftar sekarang untuk mendapatkan pelbagai promosi menarik dan diskaun yang hebat..........
Apa yang perlu anda lakuakan hanyalah, berikan maklumat seperti nama, no kad pengenalan, alamat dan no tel. untuk saya daftarkan anda.. lakukan pembelian minimum RM20 untuk pengaktifan...Then anda boleh membeli barangan AVON di butik yang berdekatan..atau..malas nak ke butik.. just PM me barang apa yang anda mahu beli...saya akan courier brg tersebut ke alamat yang diberikan... Just Message me at avonistaku@gmail.com / tuanemma@gmail.com untuk maklumat lanjut....



BERMINAT UNTUK MENJADI SALES LEADER???? LAGI BANYAK KEISTIMEWAAN YANG AKAN DIPEROLEHI MELALUI PROGRAM INI... JUST SEND D EMAIL / ANY QUESTION TO ME.. INSYAALLAH I WILL GUIDE YOU UNTIL YOU GET RM200 + RM1,500.00 + $$$$$$$$$$$ more n more... Makin aktif anda maka makin banyaklah $$$$$$ wang anda... Tidak kira anda suri rumah atau wanita bekerja... bina kerjaya baru bersama AVON.. Berbaloiiiii......... 



Tuesday, December 21, 2010

Nak share petua kecantikan wajah........

Salam,

Dalam segmen ini saya nak berkongsi beberapa petua mudah untuk kecantikan wajah. Saya percaya semua orang nak cantik kan... Ada antara petua-petua ini dah dicuba oleh saya, dan alhamdulillah ianya berkesan... Petua-petua ni saya dapat dari saudara, kawan..dan ada juga melalui i-net.. So, apa lagi..jom cuba..........

Petua 1 : Merawat Bibir Yang Hitam
Bibir hitam kerana lipstik itu sendiri. Ada satu petua untuk membeli lipstik supaya bibir tidak hitam selepas menggunakannya. Lipstik yang menyebabkan bibir hitam mempunyai bau (wangi atau apa2 bau). Oleh sebab itu, sebelum memilih lipstik kesukaan anda, cium dahulu lipstik tersebut. Kalau ada apa-apa bau, maknanya jangan ler beli. Kalau tak ada apa-apa bau, maknanya selamatlah lipstik tu. Saya pun sekarang dah tak pernah beli lipstik yang mempunyai apa2 bau.Tambah2 lagi yang berbau wangi seperti bau buahan2an tu, memang sure hitam bibir.

Ok, berbalik kepada persoalan petua tadi. Antara petua yang saya dapat untuk memerahkan kembali bibir anda yang telah hitam kesan penggunaan lipstik yang salah :

i) Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilas dengan air. Kalau nak biarkan pun ok juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti. --- Dah dicuba..mmg berkesan

ii) Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda. ---- juga dah try..menjadi juga :)




 Petua 2 : Menggebukan + Mencerahkan Kulit Badan
  
Sental badan dengan hampas kelapa yang telah diparut. Apply pada seluruh kulit badan termasuk leher sekali.buat 2 minggu sekali.Hasilnya memang memberangsangkan. Kulit nampak lebih cerah dan bercahaya. Yalah kan. Kita ni setiap hari terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran. Terutama sekali bagi kita-kita yang kena bawa kereta sendiri/naik bas/naik motorsikal. So, kenalah jaga kesihatan dan kulit kita, baik dari dalam atau luaran.

Lagi satu kita boleh gunakan serbuk teh uncang yang telah digunakan, ambil serbuk teh tu dan lumur pada tangan, jari jemari dan lengan...usap dan sapu..gosok-gosok pada celah2 jari... nanti tangan kita akan lebih lembut dan nampak berseri... --- slalu amalkan.


Petua 3 : Awet Muda Untuk Wajah


Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.
Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.







Petua 4 :  Mencerahkan Wajah Yang Kusam
Saya ada petua mudah untuk mencerahkan kulit wajah yang dah nampak kusam (mungkin dimamah usia ataupun terlalu banyak terdedah dengan pencemaran)

Petua Pertama :

Pukul sebiji kuning telur dengan 1/2 sudu kecil minyak jagung beserta beberapa titisan air mati. pukul sehingga sebati ajer. Kemudian adunan tadi diletakkan ke seluruh kulit wajah kecuali mata. Lakukan dengan berhati-hati dan lembut. Kemudian kita perlu tidur dengan kedudukan kaki lebih tinggi daripada kepala supaya aliran darah dapat beredar dengan baik. Aliran darah dalam badan yang baik akan membantu menyerikan kulit wajah.

Tunggu sehingga 5-10 minit. Kemudian bilaslah wajah seperti biasa dengan air mati juga. Air mati ini baik untuk kesihatan kulit wajah. Jadi amalkanlah selalu membasuh wajah dengan air mati.

Petua Kedua :

Petua ini menggunakan jus nenas untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih banyak tisu kulit mati dihasilkan.

Cara-cara untuk menyediakan petua ini adalah dengan mendapatkan jus nenas tersebut (kisar dan tapis untuk mendapatkan jus). Tambahkan sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Petua lain adalah dengan mencampurkan jus nenas ini dengan jus carrot (carrot juga dikatakan dapat mencerahkan kulit wajah).

Cara nak apply petua ini adalah dengan merendamkan beberapa keping kain kasa atau tisu muka ke larutan tadi. Kemudian berbaring dan letakkan kain kasa atau tisu muka yang telah direndamkan ke larutan tadi pada muka. Tunggu sehingga 15 minit sebelum membersihkan wajah dengan air suam suam kuku.

Rutin ini disambung dengan menggosok secara perlahan kulit wajah dengan kain lembut. Ia dikatakan akan mengeluarkan sel kulit mati yang telah berjaya dilongggarkan dengan melakukan petua di atas tadi.

Cuci semula wajah dengan air suam dan seterusnya dengan air sejuk. Kemudian keringkan wajah sepeti biasa...Air suam dikatakan dapat membuka liang-liang roma dan air sejuk pula dikatakan dapat membantu mengecilkan liang-liang roma. Jadi inilah sebabnya air suam digunakan dahulu sebelum air sejuk.

*Petua yang mudah dan berkesan, malah seronok jika dapat dilakukan selalu.

KEMPEN 24, 2010










Saturday, October 9, 2010

KEMPEN 20 (16 - 31 OKTOBER 2010)

AVON MAKEUP COLLECTION... ORDER NOW...
DAPATKAN 7-PIECE MAKEUP BRUSH SET WITH POUCH -PERCUMA
DENGAN SETIAP PEMBELIAN RM40.00 KEATAS- MAKEUP COLLECTION DI BAWAH.







Thursday, October 7, 2010

Bra / Panties / Inner Wear C1,2011.

BAGAIMANA MENENTUKAN SAIZ BRA ANDA:-

Langkah 1
1) Pakai coli semasa mengukur
2) Ukur di sekeliling bwh payudara.Jka anda mndpt nombor genap, tmbah 4 inci.Jka anda mndpat nombor ganjil, tmbah 5 inci.Sbg contoh:
Jka ukuran anda adalah = 31"
Tambah = 5"
Jadi saiz coli anda = 36"



Langkah 2
Ukur di sekeliling bhgian terpadat payudara.Bandingkan nombor ini dgn saiz coli anda.Jka nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah A.Jika perbezaannya 1" bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya.

Bagaimana menentukan saiz cup anda:-
1. Saiz coli +0" = Cup A
2. Saiz coli +1" = Cup B
3. Saiz coli +2" = Cup C
4. Saiz coli +3" = Cup D
5. Saiz coli +4" = Cup E



NEW INNER WEARS - CAMPAIGN 1,2011.













PRICE START FROM RM19.90 TO RM23.90....
 REEMA BRA

 ANEESA BRA

 BETSY BRA

 BREENA BRA

 JESSINIA BRA

 JILLIAN BRA

 JUITA MAMA BRA

 JULIANNE BRA

 KAREENA BRA

 LIA BELLA BRA

 LYDIA BRA

 NAORI BRA

 NELLIE BRA

 NINA BRA


Wednesday, October 6, 2010

Kempen 19 (1-15 Oktober 2010)

Kini bermulanya Kempen 19... Happy viewing and enjoy ur shopping...

PROMOSI PENGENALAN